TITLE :

Isteri Untuk Diiktiraf EP13



VIEWS : 9270

COMMENTS :

ADDED : 11-10-2018 10:46 AM

DETAILS :

Isteri Untuk Diiktiraf Episod 13 - Kisah Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

Isteri Untuk Diiktiraf EP30
Isteri Untuk Diiktiraf EP29
Isteri Untuk Diiktiraf EP28
Isteri Untuk Diiktiraf EP27
Isteri Untuk Diiktiraf EP26
Isteri Untuk Diiktiraf EP25
Isteri Untuk Diiktiraf EP24
Isteri Untuk Diiktiraf EP23
Isteri Untuk Diiktiraf EP22
Isteri Untuk Diiktiraf EP21
Isteri Untuk Diiktiraf EP20
Isteri Untuk Diiktiraf EP19
Isteri Untuk Diiktiraf EP18
Isteri Untuk Diiktiraf EP17
Isteri Untuk Diiktiraf EP16
Isteri Untuk Diiktiraf EP15
Isteri Untuk Diiktiraf EP14
Isteri Untuk Diiktiraf EP13
Isteri Untuk Diiktiraf EP12
Isteri Untuk Diiktiraf EP11
Isteri Untuk Diiktiraf EP10
Isteri Untuk Diiktiraf EP9
Isteri Untuk Diiktiraf EP8
Isteri Untuk Diiktiraf EP7
Isteri Untuk Diiktiraf EP6
Isteri Untuk Diiktiraf EP5
Isteri Untuk Diiktiraf EP4
Isteri Untuk Diiktiraf EP3
Isteri Untuk Diiktiraf EP2
Isteri Untuk Diiktiraf EP1
© 2018 MyVOD . All rights reserved
close